

MADRASAH TAHFIZUL QURAN WA TA'ALIM
AL-ISLAMIYAH
Program MUTQAN
Program Mingguan

Qasidah
​
Hiburan adalah fitrah yang Allah kurniakan kepada manusia. Namun dalam menjaga pembentukan jiwa huffaz, bukanlah sembarangan hiburan yang diberikan kepada pelajar ini. Oleh itu qasidah merupakan bentuk hiburan yang paling sesuai dan bermanfaat selain membentuk rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W . Bagi menggalakkan lagi pelajar terlibat dalam aktiviti ini, beberapa alat percussion turut disediakan oleh tahfiz
Pengajian Berkitab
​
Pengajian berkitab dijalankan pada setiap minggu. ia dijalankan secara umum bersama-sama dengan kariah surau untuk merapatkan ukhawah antara tahfiz dan kariah disamping untuk mendapatkan ilmu agama. Antara kitab pengajian ialah syamail tirmizi, tafsir al-quran , hadis 40 imam nawawi dan alam barzakh
​
Pengajian Berkitab
​
Pengajian berkitab dijalankan pada setiap minggu. ia dijalankan secara umum bersama-sama dengan kariah surau untuk merapatkan ukhawah antara tahfiz dan kariah disamping untuk mendapatkan ilmu agama. Antara kitab pengajian ialah syamail tirmizi, tafsir al-quran , hadis 40 imam nawawi dan alam barzakh
​


Gotong Royong
​
Bagi memastikan tahfiz dan surau sentiasa berada dalam keadaan yg bersih dan baik,para pelajar akan mengadakan gotong royong setiap minggu. Aktiviti ini juga melatih pelajar untuk bekerja dalam kumpulan dengan lebih baik.
​
Bersukan
​
Dalam usaha membina gerasi Al Quran,bukan sahaja kesihatan mental malah fizikal juga perlu diambil berat. Oleh itu tahfiz sangat menggalakkan para pelajar mengisi masa yang ada untuk bersukan. Pelbagai peralatan sukan seperti ping pong,bola sepak dan lain2.

Program Bulanan
Majlis Hafazan Al-Quran
​
Setiap bulan, program ini akan diadakan untuk menilai hafazan setiap sekurang-kurangnya satu juzu' bagi setiap pelajar. Pelajar yang dipilih akan ditasmi’ dan dinilai bacaannya oleh guru dari aspek kelancaran, hukum tajwid, bacaan yang mengikut tartil yang betul dan lain lain. Tujuan rogram ini diadakan adalah untuk melatih pelajar berani tampil di khalayak ramai secara tidak langsung ia dapat memotivasikan diri mereka untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi dalam usaha menghafaz. Justeru itu, pelajar bukan sekadar mengejar kuantiti juzu’ yang dihafal, malah kualiti dalam mengalunkan bacaan ayat suci Al Quran.
​

Program Tahunan
Lawatan Dakwah dan Kebajikan
​
Lawatan ini diadakan bagi memberikan pengalaman kepada pelajar untuk melihat sendiri suasana madrasah lain yang dilawati. Mereka diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang tempoh mereka berada disana. Antara lokasi yang pernah dilawati ialah madrasah di sekitar negeri Sabah.

.jpg)
Sukan antara MUTQAN
​
Program ini yang melibatkan MUTQAN cawangan Setia Alam dan Sri Muda. Antara acara utama yang dipertandingkan adalah badminton,futsal, sepak takraw dan sebagainya. Melalui program ini semangat kerjasama, toleransi dalam berpasukan dapat diterapkan selain membuka jalinan silaturahim antara warga kerja MUTQAN
Perjumpaan Ibu Bapa (PIBG)
​
Perjumpaan antara para guru dan para ibu bapa bertujuan memberi taklimat kepada ibu bapa berkenaan tahfiz, takwim tahfiz dan sebagainya. Ibu bapa dan guru akan saling bertukar pandangan bagi meningkatkan lagi prestasi para pelajar
.jpg)

Kem MUTQAN
​
Merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan tahfiz. Dengan aktiviti ini Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang tidak didapati di dalam kelas agar boleh melahirkan pelajar-pelajar yang boleh
berdikari di dalam kehidupan mereka. Mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan ciri-ciri kepimpinan seperti team work, time management, self management, strategik pengurusan dan lain-lain
​
Amal Islami
​
Bakat terpedam para pelajar dicungkil melalui program ini. Acara bacaan khutbah, kuiz, pengetahuan am,nasyid ,hafazan dan lain lain menjadi medium curahan bakat dan kretiviti mereka. Acara seperti ini secara langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk tampil di khalayak ramai selain menambah nilai kemahiran insaniah mereka
​
.jpg)