

MADRASAH TAHFIZUL QURAN WA TA'ALIM
AL-ISLAMIYAH
Tentang Tahfiz
Madrasah Tahfizul Quran wa Ta'alim Al-Islamiyah (MUTQAN) ialah sekolah tahfiz yang diasaskan oleh ust husni pada oktober 2014 di kawasan perumahan Setia Impian 7, Setia Alam. Sekolah ini merupakan tahfiz swasta yang telah beroperasi di sebuah bangunan telah mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat. Ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka di sekolah ini agar mereka dapat memhafaz Al-Quran dan mempelajari ilmu agama.
Selain itu, penubuhan sekolah tahfiz ini telah mendapat sijil pendaftaran sekolah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dengan itu menjadikan cawangan ketiga bagi tahfiz MUTQAN. Hasil sumbangan daripada orang ramai tahfiz ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, kelas, surau, mesin basuh, kantin dan lain-lain. Selain itu, ia juga mempunyai sistem pendidikan tersusun yang menekankan aspek pembangunan jasmani dan rohani untuk seimbangkan ilmu, kekuatan fizikal dan mental.
.jpg)
Ke arah melahirkan ‘Generasi Qurani’ melalui penerapan dan penghayatan Al-Quran dan As-Sunnah dalam membina generasi baru Islam menuju kepada kejayaan dunia dan di akhirat.​
.jpg)
-
Menghafal 30 juzu’ Al-Quran dan memahami kandungannya.
-
Mempelajari As-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan menghafaz hadith-hadith.
-
Mempelajari ilmu-ilmu asas Islam yang berkait dengan aqidah, ibadah, syariat dan akhlak.
-
Membina generasi yang mengimbangi antara tuntutan agama dan dunia.
-
Penerapan pendidikan jasmani atau fizikal sesuai dengan pendidikan rohani.
-
Pelajar yang mampu menguasai Bahasa Arab dengan sebaiknya.